Posts

Puisi Melayu Tradisional

Puisi melayu tradisional adalah susunan perkataan dalam bentuk karangan yang berangkap. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradidionalnya. Puisi melayu tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Ciri-ciri Puisi Melayu Tradisional: Menggunakan bahasa yang kental, mengandungi nilai-nilai murni serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan. Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar. Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi oleh unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan. Menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai. Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolek...

Seloka Emak Si Randang

Image
Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang, Beras habis padi tak jadi. Maksud: Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi. Nilai: K ebijaksanaan - S eseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran   dalam melakukan sesuatu tindakan. B ertanggungjawab - S eseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. B erbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada. Pengajaran: K...

Syair Makna Riak

Image
Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah lkebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak dipeduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis disapu. Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Al...

Gurindam Dua Belas Fasa Yang Ketiga

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tidaklah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. Maksud:  Rangkap 1 - Apabila menjaga pandangan mata, perihal keinginan terhadap sesuatu akan berkurangan. Rangkap 2 - Apabila menjaga pendengaran, perihal negatif dapat dihindarkan. Rangkap 3 - Apabila menjaga tutur, seseorang akan mendapat banyak kebaikan. Rangkap 4 - Seseorang perlu menjaga tangan daripada melakukan dosa besar dan kecil. Rangkap 5 - Nafsu hendaklah dijaga agar dapat mengelakkan sebarang penyakit. Rangkap 6 - Hati hendaklah dijaga oleh seseorang agar dapat menjalani hidup...

Gurindam Mengidam Kuasa

Februari 21, 2009 Kalau benar mengidam kuasa, H endaklah wajar tingkah dan cara. Kalau kuasa hendak digenggam, K ebaikan orang jangan dihentam. Kalau kuasa hati berkenan, J asa orang dinafi jangan . Kalau kuasa hendak diraih, A malkan budaya berterima kasih . Impian berkuasa lekat di hati, H apuskan segala hasad dan dengki. Kalau kuasa pilihan yang syumul, I kutlah cara yang paling betul. Kalau kuasa mahu diburu, H indari prasangka jauhi cemburu. Kalau kuasa impian utama, B elajarlah sentiasa hidup bersama. Kalau kuasa ingin dirampas, J angan berasa hendak menindas. Kalau kuasa mahu diperjuang, B aiklah sentiasa menolong orang. Kalau kuasa dimahukan sungguh, B uangkan sombong lemparkan ego. Kehebatan kuasa ingin dilakar, A ib orang jangan diselongkar. Keinginan berkuasa sekiranya hadir, J angan suka mempersenda menyindir . Kalau kuasa menjadi keutamaan, T ingkatkan takwa kukuhkan iman . Kalau kuasa diimpi dicita, J auhi matlamat menghalalkan cara. Pengarang: Mohd Kasi...

Pantun Nasihat

Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa pagan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbul jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke lubuk lnderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. Maksud: Pantun nasihat ini mengandungi nasihat-nasihat yang hendak dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian, agar kita dapat menjalani hidup dengan ...