Puisi Melayu Tradisional

Puisi melayu tradisional adalah susunan perkataan dalam bentuk karangan yang berangkap. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradidionalnya. Puisi melayu tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat.


Ciri-ciri Puisi Melayu Tradisional:

  • Menggunakan bahasa yang kental, mengandungi nilai-nilai murni serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.
  • Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.
  • Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi oleh unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.
  • Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.
  • Menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai.
  • Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional.
  • Menggunakan binaan yang terikat oleh aturan tertentu, memberikan bentuk dan struktur.
  • Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaran dan sebagainya.
  • Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu misalnya ungkapan adat pepatih.
  • Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.


Terdapat beberapa jenis puisi melayu tradisional iaitu:
  • Pantun
  • Gurindam
  • Syair
  • Seloka
  • Sajak


Comments

Popular posts from this blog

Seloka Emak Si Randang

Syair Mati