Syair Mati
![]() |
(Rip Dead Grave Gravestone Tombstone, 2019) |
Malaikat Maut segera menjelang,
dicabut nyawa tiada terbilang,
sakit terasa bukan kepalang.
Mati itu terlalu
sakit,
di dalam kubur terlalu sempit,
ular dan kala datang menggigit,
papan dan bumi pula menghimpit.
di dalam kubur terlalu sempit,
ular dan kala datang menggigit,
papan dan bumi pula menghimpit.
Masuklah mayat ke
dalam bumi,
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri,
tiada terjawab amalan sendiri,
dipukul malaikat ke dasar bumi.
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri,
tiada terjawab amalan sendiri,
dipukul malaikat ke dasar bumi.
Setelah dikubur baru
menyesal,
teringat diri membuat dosa,
teringat diri tiada beramal,
tak mungkin lagi pulang ke dunia.
teringat diri membuat dosa,
teringat diri tiada beramal,
tak mungkin lagi pulang ke dunia.
Mati itu terlalu
lazat,
bagi shuhada di medan jihad,
oleh itu wahai sahabat,
iman di dada perlu ditingkat.
bagi shuhada di medan jihad,
oleh itu wahai sahabat,
iman di dada perlu ditingkat.
Maksud:
Perasaan kematian terlalu sakit. Selepas kematian, kita tidak mungkin boleh pulang ke hidup. Apa yang tertinggal adalah sahaja pengyesalan, kesunyian, kekosongan dan pantunan tentang perbuatan serta tindakan yang dilakukan semasa hidup. Oleh itu, kita perlu meningkatkan keimanan kita.
Nilai:
Keinsafan, kebijaksanaan, beriman, beramal
Pengajaran:
Kita haruslah beramal semasa kita masih hidup.
Kita mestilah meningkatkan keimanan kita.
Janganlah melakukan perbuatan yang berdosa.
Rujukan:
https://penyair.wordpress.com/2008/05/02/syair-mati/
~ Puisi Melayu Tradisional Ling Ruo Fan 0338667
Comments
Post a Comment