Pantun Nasihat


Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.

Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa pagan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbul jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan.

Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain.

Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk lnderagiri;
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.


Maksud: Pantun nasihat ini mengandungi nasihat-nasihat yang hendak dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian, agar kita dapat menjalani hidup dengan lebih mudah. Nasihat-nasihat yang disampaikan adalah berkaitan dengan apa yang perlu dilakukan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain, diri sendiri, dan cara menjalani kehidupan. Nilai: Berbuat baik sesama manusia, bersikap positif dengan menghiburkan hati walaupun sedang berduka, bersabar dalam melayan kerenah suami, sentiasa kemana-mana dengan menjaga adat agar diri kelihatan penuh tatasusila dan tertib. Pengajaran: Berbuat baik adalah amalan yang mulia, tetapi hendaklah berbuat demikian dalam keadaan berhati-hati agar tidak ditindas. Berbuat jahat janganlah sekali kerana itu ialah perbuatan yang tidak baik.  Janganlah memakan ganja, kerana ia tidak bagus untuk kesihatan, dan dapat memudaratkan diri sendiri.  Kita juga perlu menjaga percakapan, janganlah mudah terlepas kata kerana kata-kata yang salah dapat membawa padah kepada badan dan nyawa. Hendaklah si isteri melayan suami yang sedang keletihan dengan baik, agar suami tidak sakit hati lalu pergi ke wanita lain untuk menengkan hatinya. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan tahu cara untuk menjaga diri, supaya tidak terjebak dengan perkara yang tidak elok.
Rujukan:
http://cikgusimile.blogspot.com/2016/02/antologi-baik-budi-indah-bahasa_63.html


~ Puisi Melayu Tradisional Nur Afrina Syazwani Binti Annuar 0339216

Comments

Popular posts from this blog

Syair Mati

Puisi Melayu Tradisional

Seloka Emak Si Randang