Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis padi tak jadi.



Maksud:
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.


Nilai:

Kebijaksanaan - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran  dalam melakukan sesuatu tindakan.
Bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
Berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.


Pengajaran:

Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.
Kita hendaklah melayan  tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.


Rujukan:


~ Puisi Melayu Tradisional Chang Kian Yi 0335471

Comments

Popular posts from this blog

Syair Mati

Puisi Melayu Tradisional