Jurnal Refleksi
Nur Afrina Syazwani Binti Annuar
Student ID: 0339216
Jurnal Refleksi:
Kelas Bahasa Kebangsaan ini mengimbas kembali perkara-perkara yang telah dipelajari sewaktu sekolah rendah. Dalam masa yang sama, saya dapat mengasah Bahasa Melayu saya dalam penulisan, dengan menggunakan tatabahasa dan cara menulis ayat dengan betul. Serba sedikit mengenai kewujudan Bahasa Melayu telah diajar di dalam kelas ini, supaya saya mendapat pengetahuan berkenaan asal usul Bahasa Melayu.
Bagi pekerjaan ini, kami telah diarahkan untuk mencari tiga puisi tradisional dan menghuraikan nilai murni beserta pengajaran yang terdapat dalam puisi-puisi tersebut. Puisi-puisi tersebut mempunyai perkataan-perkataan yang tidak pernah saya ketahui, oleh itu, saya juga telah belajar perkataan-perkataan melayu yang baru. Menghuraikan puisi-puisi tersebut telah membuat saya berfikir dengan mendalam untuk mendalami maksud yang tersirat, pengajaran yang cuba disampaikan, serta nilai murni yang diterapkan dalam puisi.
Pengalaman saya belajar di dalam kelas ini adalah sangat menyeronokkan kerana semua orang mempunyai sifat ingin belajar bersungguh-sungguh, dan guru saya pula ialah seorang yang sangat ceria, lemah-lembut, dan baik hati, yang dapat membuatkan setiap kelas sangat aktif dan kreatif.
Student ID: 0338667
Jurnal Refleksi:
Melalui kelas Bahasa Kebangsaan A, saya mendapat peluang untuk menyegarkan ingatan saya tentang pengetahuan Bahasa Melayu saya dari pelajaran saya dahulu seperti dalam tatabahasa dan bina ayat. Selain itu, saya juga dapat belajar tentang kepentingan Bahasa Melayu dan perubahan serta sejarah Bahasa Melayu sepanjang zaman. Dengan atmosfera yang tenang, saya dapat menguatkan kemahiran komunikasi saya dengan Bahasa Melayu dalam kelas yang interaktif melalui lagu-lagu, filem dan aktiviti-aktiviti yang berbagai-bagai. Dengan kesabaran guru, saya juga dapat belajar beberapa perkataan yang baru untuk diggunakan dalam kehidupan saya. Dengan peluang ini, saya telah terdedah kepada beberapa puisi melayu tradisional dan jenis-jenisnya seperti gurindam, pantun, syair dan seloka dengan beberapa nilai-nilai murni yang boleh meningkatkan diri kita.
Oleh itu, saya berasa amat syukur untuk peluang ini dari Tuhan. Sepanjang proses modul ini, saya berasa sangat senorok dan gembira kerana dapat menambah ilmu pengetahuan dan juga memperbaiki Bahasa Melayu saya melalui cara-cara yang menarik. Sebagai seorang Malaysian, saya berasa bertanggungjawab untuk belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh kerana Bahasa Melayu adalah sama penting dengan bahasa-bahasa yang lain.
Chang Kian Yi
Student ID: 0335471
Jurnal Refleksi:
Saya dapat belajar banyak tatabasa dan ejaan yang benar dari kelas Bahasa Kebangsaan. Dalam kelas ini saya belajar cara guna tatabahasa seperti kata ganti nama diri, kata majmuk, kata adjektif, kata perintah dan lain-lain. Contohnya kata perintah ialah larangan, mintaan dan silaan. Dari tugasan ini, saya juga mempelajari tentang jenis-jenis puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam dan seloka. Saya bersyukur belajar dalam kelas ini kerana boleh membaiki tatabahasa saya.
Comments
Post a Comment