Syair Singapura Terbakar

(Boozer, 2019)

November 19, 2008

Serta terpandang api itu menjulang,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.
Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.

Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang.


Maksud:
Kebakaran di kawasan perumahan yang terletak di Singapura. Di mana pemilik rumah itu selaku penulis syair ini menceritakan perasaannya sewaktu menyaksikan kejadian itu berlaku dihadapannya. Dia menyaksikan rumahnya serta rumah-rumah lain pantas dijilat api, orang-orang saling membantu memindahkan barang, dan kehilangan barang-barangnya yang lain oleh kerana dicuri orang. Penulis menyatakan kesedihan kehilangan semua hartanya di hadapan matanya sendiri. Nilai: Tolong-menolong, bersabar dalam menghadapi ujian Pengajaran: Janganlah mengambil kesempatan dalam kemalangan orang lain dan jangan terlalu mengharapkan sesuatu agar tidak kecewa.
Rujukan:
https://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/page/2/


~ Puisi Melayu Tradisional Nur Afrina Syazwani Binti Annuar 0339216

Comments

Popular posts from this blog

Seloka Emak Si Randang

Puisi Melayu Tradisional

Syair Mati