Gurindam Kelebihan Bercakap Benar
![]() |
(Wesman, 2019) |
Kalau diamal bercakap benar,
mulia peribadi akhlak bersinar.
Bohong menipu hasutan
syaitan,
elok dihindar mengelak kejahatan.
elok dihindar mengelak kejahatan.
Mahkota diri baik
pekerti,
Sahabat taulan senang dekati.
Sahabat taulan senang dekati.
Kata ditutur orang
percaya,
bersih hati disirami cahaya.
bersih hati disirami cahaya.
Tulus bicara tidak
berdusta,
tenangnya hidup tanpa sengketa.
tenangnya hidup tanpa sengketa.
Bercakap benar dalam
perhubungan,
suasana harmoni kekal berpanjangan.
suasana harmoni kekal berpanjangan.
Bercakap benar bukti
kejujuran,
tegak sentiasa tiang kebenaran.
tegak sentiasa tiang kebenaran.
Bercakap benar
sepanjang masa,
amalan diperbaiki diampuni dosa.
amalan diperbaiki diampuni dosa.
Bercakap benar
sempurna iman,
insan bertakwa hidupnya aman.
insan bertakwa hidupnya aman.
Bercakap benar banyak
kelebihan,
amal ibadah diterima tuhan.
amal ibadah diterima tuhan.
Maksud:
Jujur adalah perkataan dan perbuatan sesuai dengan kebenaran. Selain daripada itu, jujur ialah sifat-sifat terpuji dan mestilah menjadi satu amalan baik kita. Percakapan yang benar boleh menyebabkan harmoni dan keamanan di dunia ini. Walau bagaimanapun, masih ada banyak orang yang tidak bercakap benar dan suka bertipu, sehingga akhir tidak diterima oleh Tuhan. Oleh itu, bercakap benar adalah satu perilaku yang sangat penting dan boleh memberikan banyak manfaat kepada kita.
Nilai:
Kejujuran, berbudi pekerti, amanah, bertakwah
Pengajaran:
Kita haruslah bercakap benar kerana amalan ini amalan yang mulia.
Kita janganlah bercakap bohong kerana perbuatan ini perbuatan yang jahat.
Kita hendaklah bercakap benar sepanjang masa.
Rujukan:
http://exdnatasha.blogspot.com/2009/12/koleksi-gurindam-syair-dan-puisi.html
~ Puisi Melayu Tradisional Ling Ruo Fan 0338667
Comments
Post a Comment